Powered By Blogger

Isnin, 15 Disember 2008

Janji Iblis

قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٤)قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (١٥)قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (١٦)ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)". Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Surah Al-A'raf 14-17

Sesungguhnya Iblis Laknatullah dan konco-konconya merupakan musuh utama manusia. Lihatlah bagaimana Iblis meminta izin daripada Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam 'Alaihissalam. Iblis menyatakan bahawa dia akan berusaha bersungguh-sungguh menyesatkan anak Adam dari pelbagai sudut, dari hadapan, belakang, kiri dan kanan. Menurut tafsir Ibn Kathir, Dari hadapan bermaksud menimbulkan ragu-ragu tentang hari kebangkitan, dari belakang pula bermaksud menghasut manusia mengejar kehidupan duniawi, dari kanan bermaksud membuat manusia keliru dengan agama dan dari kiri, menggalakkan manusia melakukan dosa.

Oleh itu, marilah kita juga bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah sebagaimana Iblis yang bersungguh-sungguh menghasut kita supaya mengikut jejak langkah mereka yang ingkar kepada arahan Allah. Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Gambar