Jumaat, 22 Februari 2008

TARBIYAH ISLAMIYAH

Tarbiyah Islamiyah merupakan satu wasilah yang penting dan berkesan untuk memajukan ummah. Kemajuan sesuatu Ummah bergantung kepada Tarbiyah Islamiyah.

Tarbiyah dari segi bahasa ialah didik, asuh, menjaga – tarbiyah menuntut kita menjadi Qudwah. Dari segi Istilah, tarbiyah merupakan penjagaan, pengasuhan, pendidikan yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah(Sumber yang Rabbani). Dengan ini, ia berjaya melahirkan generasi yang unik dan rabbani. Iaitu generasi para sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah

110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Jalan tarbiyah yang kita sedang ikuti sekarang adalah merupakan jalan Nabi S.A.W

MATLAMAT TARBIYAH

  1. Membina Ummah yang muttaqin-mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat – bermatlamatkan untuk melahirkan mukmin yang hidup dan mati semata-mata kerana Allah. Inilah hakikat sebenar kehidupan kita.

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

163. Tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

  1. Membina Mukmin yang Mujahid yang sentiasa berjuang- mukmin yang tidak boleh duduk diam. Dia sentiasa mencari serta melakukan sesuatu untuk mendapat redha Allah.

15. Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).

PENGHAYATAN TARBIYAH ISLAMIYAH

Tarbiyah Islamiyah bukanlah satu teori semta-mata tetapi ia mesti dihayati sehingga ia menjadi malakah (kebiasaan ) dalam kehidupan kita.

FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN TARBIYAH

  1. Diri kita sendiri - Semua bermula dari dalam hati kita

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.

5. Sesiapa Yang percaya akan pertemuannya Dengan Allah (untuk menerima balasan), maka Sesungguhnya masa Yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

  1. Manhaj yang sahih – bersumberkan sumber yang Rabbani (al Quran dan As-Sunnah ) – ada tahap peningkatan kita- ada gerak kerja – ada aktiviti-aktiviti – dan penguasaan kepada manhaj bukan sekadar Ilmu semata-mata tetapi hendaklah praktikal

  1. Biah Solehah – kalau tiada biah yang solehah kita sendiri hendaklah cuba membentuk biah tersebut. – disini samada kita menguasai atau kita dikuasai. Tanpa biah yang solehah tidak akan lahir unsur-unsur yang positif.- oleh itu, jauhkan diri kita dari aspek-aspek yang melalaikan dan merosakkan.

  1. Mas’ul/Naqib – penting untuk memantau peningkatan seseorang. Tarbiyah merupakan satu pembentukan Ilmi, Fikri, Ruhi dan Amali – oleh itu ia memerlukan hubung yang hidup bukan hanya secara sebelah pihak.

  1. Penglibatan Diri – kita mesti melibtkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang walaupun sedikit(aspek Sumbangan). – ia akn mendedahkan kita kepada hakikat perjuangan yang sebenarnya dalam Agama Allah.- dengan ini kita akan menjadi lebih faham.

Gambar