Khamis, 20 Disember 2007

JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.
Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khubaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.
Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."
Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Selasa, 18 Disember 2007

PEMUDA CABARAN, PERSIAPAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pendahuluan

Rahsia keagungan dan kebangkitan Islam adalah dipelopori oleh para pemuda sehingga tercapai kegemilangan dan kemenangan. Para pemuda sebagai tulang belakang umat Islam. Para pemuda yang mendapat tarbiyah tergolong daripada pemuda yang bermoral, menjauhi diri daripada sebarang maksiat, mengabdikan diri hanyasanya kepada Allah, berakhlak mulia, bersabar demi untuk berjihad dan menyampaikan risalah Islam. Pemuda-pemuda seperti inilah yang boleh menjadi pewaris.

“dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".

(Surah Maryam : 5-6)


CABARAN

  1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu- hasutan syaitan yang menggoda- bisikan nafsu- dorongan hawa nafsu......benteng diri dri syaitan dan bebas dari bisikan nafsu.
  2. Cabaran serangan pemikiran- kenapa barat memerangi Negara Islam- perancangan musuh.....cari benteng diri.
  3. Cabaran keruntuhan akhlak- berbentu adat/kebiasaan, cabaran bentuk jiwa, cabaran luaran, cabarn media massa, cabaran undang-undang, garis panduan Islam, langkah-langkah penting, bahaya tenggelam dalam seks.
  4. Cabaran kerajaan sekular- bagaiman sekular berkembang- bagaimana sekular masuk ke dalam Negara Islam-cara terpenting di dalam menguatkan lagi sekular di dalam masyarakat Islam- apakah jalan penyelesaian positif yang terpenting bagi pemuda dalam berdepan dengan fahaman sekular- memberikan gambaran yang tepat terhadap Islam- menjalankan kerja dengan rapi- menumpukan kepada tarbiyah dan persediaan- berusaha dalam memperbanyakkan pendokong- pengurusan yang rapi untuk mencapai kemenangan.
  5. Cabaran putus asa dalam bentuk melakukan kerja Islam- pakatan musuh Islam- kegagalan gerakan- gerakan jihad dalam mencapai kemenangan- berhujah dengan nas-nas yang menyeru kearah uzlah.
APA KATA NABI SAW DALAM MEMPERSIAPKAN PARA PEMUDA.

Nabi sendiri berusaha menyediakan pemuda-pemuda sehingga mereka benar-benar berkemahiran untuk memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah dengan cukup amanah di dalam setiap sektor. Beberapa langkah telah dibuat oleh baginda melalui proses pengkaderan pemuda :
  1. Melatih pemuda supaya sentiasa mengingati Allah dan takut kepadanya semasa berseorangan mahupun di tengah-tengah masyarakat.
    "Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak" (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Ya'ala)
  2. Mendidik golongan pemuda supaya beriltizam dalam mentaati Allah dan beribadah kepadanyan dengan penuh tulus ikhlas.
    "Tujuh jenis manusia yang mendapat lindungan 'Arasy daripada Allah s.w.t. di Mahsyar kelak, yang mana di hari itu tidak ada sebarang lindungan selain dari yang tersebut. Di antara golongan yang mendapat lindungan tersebut iaitu pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. (Hadith riwayat As Syaikhan)
  3. Menyeru pemuda dan pemudi supaya merebut peluang di masa remaja mereka untuk melatih keperibadian mereka disudut kerohanian dan jasmani serta akhlak dan moral.
    "Rebutlah peluang (keemasan) perkara sebelum menempuh lima perkara. Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum datang kesibukan, masa muda sebelum tua dan waktu kaya sebelum papa." (Hadith riwayat Al Hakim)
  4. Mengingatkan pemuda-pemuda bahawa mereka akan dihisab setiap pekerjaan mereka di hadapan Tuhan Semesta Alam di hari akhirat kelak.
    "Tidak terlepas setiap jejak langkah seorang hamba di hari akhirat kecuali setelah ianya diperiksa tentang empat perkara. di masa hayatnya dikandung badan, sebelum tibanya ajal, umur mudanya ke mana dihabiskan, harta yang diperolehi ke mana dibelanjakan, dan ilmu yang dipelajari sejauh mana yang telah diamalkan." (Hadith riwayat Tirmizi)
  5. Menjaga sebarang penyelewengan moral dan kerohanian di kalangan pemuda-pemuda dengan menganjurkan mereka mendirikan rumah tangga sepertimana di syariatkan oleh Allah s.w.t.
    "Wahai golongan pemuda-pemuda siapa di antara kamu berkemampuan maka dirikanlah rumah tangga kerana yang demikian itu terpelihara pandangan dan hawa nafsu" (Hadith riwayat dari al-Jemaah)

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  1. Setiap pemuda mestilah mengetahui matlamat ianya diciptakan oleh Allah.- Perbetulkan niat, percakapan, perbutan ikhlas kerana Allah. Penyrahan yang bulat kepada undang-undang Allah....Memahami benar-benar bahawa sistem yang berjalan sekarang, yang menguasai kehidupan kita adalah sistem yang bukan Islam. Sistem yang sudah sekian lama bertapak menggantikan Islam sebagai sistem hidup. Sistem ini menguasai segala aspek kehidupan kita dan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa dan sahsiah kita. Sistem ini terlalu asing bagi kita. Sistem ini terkesan melalui proses tarbiyah bukan Islam dalam bentuk gerakan. Kita kena faham dan bertanggungjawab memahamkan orang lain. Memberi sokongan dan taat setia kepada Allah, kepada RasulNya dan kepada golongan beriman.
  2. esti mempunyai gambaran dan maklumat yang jelas tentang musuh-musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam.
  3. Mesti menaruh harapan untuk menempuh kemenanagn di bidang dakwah dan hindarkan diri dari perasaan pasif dan berputus asa.
  4. Mesti mengambil contoh tauladan yang ditunjukkan oleh para sahabat sepertimana yang terrcatat dalam sejarah.
  5. Mereka harus yakin akan kelebihan para daie dan pendakwah.
  6. Hendaklah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain.
  7. Para pemudahendaklah mengetahui dengan penuh keyakinan qada' dan qadar Allah s.w.t. itu hanya disisiNya sahaja.
PENUTUP

Ustaz Mustafa Masyhur berpesan :

Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :

"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."

(Surah Al Ankabut : 6)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kita hanya akan bernilai bilamana beramal untuk dakwah ini dan tanpanya (dakwah itu) maka tidak akan bernilai langsunglah kita. Seperti kata As Syahid Haan Al Bannaanya kamu tidak wujud bersma-sama dengannya (dakwah ini) maka kamu tidak akan wujud dan tidak mempunyai nilai dengan sesuatu yang lain daripadanya. Sedangkan ia (dakwah ini), jika ia tidak wujud bersama kamu, maka ia masih boleh wujud dengan orang-orang selain daripada kamu.

"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

(Surah Muhammad : 38)


Gambar