Jahiliyah kini semakin meluas tersebar ke seluruh pelusuk dunia Islam. Para penganut Islam juga semakin terpengaruh dengan jahiliyah abad moden ini. Jahiliyah kini lebih teruk dan terkehadapan dari jahiliyah zaman Rasulullah. Jahiliyah kini mencampurkan antara hak dan batil sehingga manusia tidak dapat membezakan antara keduanya, ibarat mencari semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap gelita. Namun inilah hakikat yang harus kita ketahui. Kita boleh melihat kesan-kesan jahiliyah terhadap umat Islam kini.
1. Tassawur pemikiran yang lemah, manusia kini hilang matlamat hidup mereka, mereka hidup hanya untuk keseronokan dan memuaskan nafsu syahwat mereka. Mereka tidak pernah memikirkan tentang kehidupan akhirat mereka. Hidup ini ibarat tempat mereka bersuka-ria sebelum mereka mati.
2. Jiwa yang kering dari iman, kerana kehidupan mereka untuk nafsu, makan mereka meninggalkan iman. Jiwa dan hati mereka penuh dengan kegelapan dan kesesatan. Mereka gagal mengisi diri mereka dengan iman dan ketakwaan kepada Allah, maka jauh sekali bagi meraka untuk melaksanakan ubudiyah kepada Allah.
3. Akhlak yang lemah dan rosak, akibat jiwa yang kering dan tiada matlamat hidup, maka segala perlakuan mereka hanya berdasarkan hawa nafsu semata-mata, dan menjurus kepada kerosakan akhlak. Iman dan akhlak tidak boleh dipisahkan kerana akhlak merupakan buah daripada iman.
4. Amal dan Sikap yang lemah, dengan akhlak yang rosak maka ia akan membuahkan kepada amal yang lemah dan memudahkan seseorang itu terjebak ke dalam masalah sosial. Ia juga melemahkan rasa untuk melaksanakan amal kebaikan dan membawa kepada tidak bersungguh dalam melaksanakan sesuatu.
5. Gagal dalam menghadapi cabaran hidup, menyebabkan seseorang itu lemah apabila ditimpa musibah dan mencari jalan mudah dengan membunuh diri.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan