Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Islam Di Junjung. Allah adalah tujuan kami, Rasulullah tauladan kami, Al Quran pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, Mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.
Khamis, 25 September 2008
Sepuluh Akhir Ramadhan
Adapun lafazh Muslim berbunyi: "Menghidupkan malam(nya), membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya.
Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu anha: "Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadhan), hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya."
Rasulullah s.a.w. mengkhususkan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan yang lain, di antaranya:
1. Menghidupkan malam:
Ini mengandungi kemungkinan bahawa beliau menghidupkan seluruh malamnya, dan kemungkinan pula beliau menghidupkan sebahagian besar daripadanya. Dalam Shahih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat malam hingga pagi."
Diriwayatkan dalam hadits marfu' dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali: "Barangsiapa mendapati Ramadhan dalam keadaan sihat dan sebagai orang muslim, lalu puasa pada siang harinya dan melakukan shalat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga shalatnya secara berjemaah dan bersegera berangkat untuk shakat Jum'at; sungguh ia telah puasa sebulan (penuh), menerima pahala yang sempurna, mendapatkan Lailatul Qadar serta beruntung dengan hadiah dari Tuhan Yang Mahasuci dan Maha tinggi." Abu Ja 'far berkata: Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa. (HR. Ibnu Abid-Dunya).
2. Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya untuk shalat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedang pada malam-malam yang lain tidak.
Dalam hadits Abu Dzar r.a. disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam melakukan shalat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya beliau mengajak (shalat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja."
Ini menunjukkan bahawa beliau sangat menekankan dalam membangunkan mereka pada malam-malam yang diharapkan turun Lailatul Qadar di dalamnya.
At-Thabarani meriwayatkan dari Ali r.a.: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan, dan setiap anak kecil mahupun orangtua yang mampu melakukan shalat."
Dan dalam hadits shahih diriwayatkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengetuk (pintu) Fathimah dan Ali r.a.ma pada suatu malam seraya berkata: Tidakkah kamu bangun lalu mendirikan shalat?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Beliau juga membangunkan Aisyah radhiallahu 'anha pada malam hari, bila telah selesai dari tahajudnya dan ingin melakukan (shalat) witir.
Dan diriwayatkan adanya targhib (dorongan) agar salah seorang suami-isteri membangunkan yang lain untuk melakukan shalat, serta memercikkan air di wajahnya bila tidak bangun). (Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad shahih.)
Dalam kitab Al-Muwaththa' disebutkan dengan sanad shahih, bahawasanya Umar r.a. melakukan shalat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila sampai pada pertengahan malam, ia membangunkan keluarganya untuk shalat dan mengatakan kepada mereka: "Shalat! shalat!" Kemudian membaca ayat ini: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Thaha: 132).
3. Bahawasanya s.a.w. mengencangkan kainnya. Maksudnya beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya.
Diriwayatkan bahawasanya beliau tidak kembali ke tempat tidurnya sehingga bulan Ramadhan berlalu. Dalam hadits Anas r.a. disebutkan:
"Dan beliau melipat tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka).
Rasulullah s.a.w. beri'tikaf pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Orang yang beri'tikaf tidak diperkenankan mendekati (menggauli) isterinya berdasarkan dalil dari nash serta ijma'. Dan "mengencangkan kain" ditafsirkan dengan bersungguh-sungguh dalam beribadah.
4. Mengakhirkan berbuka hingga waktu sahur.
Diriwayatkan dari Aisyah dan Anas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadhan) menjadikan makan malam (berbuka)nya pada waktu sahur.
Dalam hadits marfu' dari Abu Sa'id r.a., ia berkata: "Janganlah kamu menyambung (puasa). Jika salah seorang dari kamu ingin menyambung (puasanya) maka hendaknya ia menyambung hingga waktu sahur (saja)." Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum." (HR. Al-Bukhari)
Ini menunjukkan apa yang dibukakan Allah atas beliau dalam puasanya dan kesendiriannya dengan Tuhannya, oleh sebab munajat dan zikirnya yang lahir dari kelembutan dan kesucian beliau. Kerana itulah sehingga hatinya dipenuhi Al-Ma'ariful Ilahiyah (pengetahuan tentang Tuhan) dan Al-Minnatur Rabbaniyah (anugerah dari Tuhan) sehingga mengenyangkannya dan tak lagi memerlukan makan dan minum.
5. Mandi antara Maghrib dan Isya'.
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Rasulullah s.a.w. jika bulan Ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun. Dan manakala memasuki sepuluh hari terakhir beliau mengencangkan kainnya dan menjauhkan diri dari (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi antara Maghrib dan Isya."
Ibnu Jarir rahimahullah berkata, mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di antara mereka ada yang mandi dan menggunakan wewangian pada malam-malam yang paling diharapkan turun Lailatul Qadar.
Kerana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan di dalamnya turun Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wewangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya), dan berpakaian bagus, seperti dianjurkannya hal tersebut pada waktu shalat Jum'at dan hari-hari raya. Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa dibarengi dengan berhias secara batin. Yakni dengan kembali (kepada Allah), taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Sungguh, berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika ternyata batinnya rosak.
Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu. Kerana itu, barangsiapa menghadap kepada Allah, hendaknya ia berhias secara lahiriah dengan pakaian, sedang batinnya dengan taqwa. Allah Ta'ala berfirman:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Al-A'raaf: 26).
6. I'tikaf. Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. senantiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau."
Rasulullah s.a.w. melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir yang di dalamnya dicari Lailatul Qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, mengosongkan fikirannya dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdo'a kepada-Nya.
Adapun makna dan hakikat i'tikaf adalah:
Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Mengasingkan diri yang disyari'atkan kepada umat ini iaitu dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w.
Orang yang beri'tikaf telah mengikat dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdo'a kepada-Nya, serta memutuskan dirinya dari segala hal yang menyibukkan diri daripada-Nya. Ia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Ia tidak memiliki keinginanlain kecuali Allah dan ridha-Nya. Sembga Alllah memberikan taufik dan inayah-Nya kepada kita.
Lailatul Qadr
Allah memberitahukan bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh keberkahan. Allah Ta'ala berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi.” (Ad-Dukhaan: 3)
Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta'ala: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an.” (Al-Baqarah: 185).
Ibnu Abbas r.a. berkata: "Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfudh ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara berangsur-angsur kepada Rasulullah s.a.w. sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun."
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah:
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Ad-Dukhaan: 4).
Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim: "Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?" (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)
Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Maksudnya, beribadah di malam itu dengan ketaatan, shalat, membaca, zikir dan do'a sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Lalu Allah memberitahukan keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah. Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya:
“Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar” (Al-Qadar: 5)
Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kejelekan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam hadits shahih Rasulullah s.a.w. menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda: "Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)
Tentang waktunya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).
Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Adapun qiyamul lail di dalamnya iaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajud, shalat, membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, do'a, istighfar dan taubat kepada Allah Ta'ala.
Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Beliau menjawab, katakanlah:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku." (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadits hasan shahih).
Thaqafatul Fikr
Salah satu perkara yang agak penting dalam memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang rijal Aqidah yang sentiasa tampil bekerja dalam amal Islam dan Dakwah Islam, yang menyeru manusia kepada jalan Allah ialah dia mesti mempunyai Thaqafatul Fikr(Pendidikan Fikiran)
Thaqafatul Fikr merangkumi tiga bahagian asasi, Bahagian pertama ialah pengenalan yang salimah dan sempurna tentang Islam sehingga membolehkan dia melaksanakan Islam dengan pelaksanaan yang betul dan tepat ke atas dirinya seterusnya melayakkannya menyampaikan Islam itu dengan baik kepada orang lain, dia melaksanakan dan menyampaikannya dengan kesyumulannya, dengan kemurnian dan kejatiannya.
Bahagian yang kedua ialah dia mesti mengetahui suasana dan keadaan dunia Islam dahulu dan sekarang, mengenali musuh-musuh Islam dan mengetahui segala cara dan tindak-tanduk mereka. Dia mesti mengetahui peristiwa-peristiwa yang sedang terjadi dan yang mempengaruhi Muslimin dari dekat atau dari jauh. Dia mesti mengetahui siapakah golongan yang bekerja dalam bidang dakwah Islam, mengetahui kecenderungan mereka dan cara-cara mereka bekerja, bagaimana bentuk bantuan yang mereka perlukan dan lain-lain lagi perkara yang lazim bagi seorang yang tampil di hadapan dalam melaksanakan amal Islami.
Bahagian yang ketiga ialah meningkatkan pengkhususan dalam pelbagai bidang urusan keduniaan dan kehidupan seperti kedoktoran, kejuruteraan, pertanian, perusahaan, perniagaan dan lain-lain. Oleh itu, setiap pekerja dakwah hendaklah meningkatkan kemahiran dan pengkhusasan mereka dalam bidang-bidang keduniaan(profesional) supaya dia mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan mengisi tempat-tempat kosong di kala kita membangun dan menegakkan daulah Islamiah. Ini kerana sebahagian besar ilmu-ilmu pengetahuan moden telah diasaskan oleh ulama’ dan cendiakawan Islam zaman dahulu kerana Islam telah mendorong kita mencari ilmu dan belajar dengannya dan dapat menghubungkannya dengan Al Khaliq Allah : Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),(Al ‘Alaq :1)
Oleh itu, semestinya orang-orang yang bekerja dalam bidang dakwah di kalangan pelajar dan mahasiswa supaya mereka menjadi golongan yang terkemuka dalam pelajaran mereka kerana sekiranya mereka terkebelakang, mungkin akan menjauhkan orang lain dari amal dan dakwah Islamnya.
Dipetik dari buku Jalan Dakwah karangan Mustafa Masyhur
Ahad, 21 September 2008
Islam Adalah Akhlak
( وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ ( 4
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung”. (S 68:4)
Dalam hadis yang mulia disebutkan:
انما بعثت لأ تمم مكا رم الأ خلاق
‘Saya (rasul) hanyalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’
Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:
خلقه القران
‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.
Akhlak adalah mempunyai kedudukan yang menonjol dalam dakwah ikhwan dan ikhwan sentiasa mewajibkan diri mereka agar berakhlak dengan akhlak yang dituntut oleh Islam. Atas dasar ini amatlah salah mereka yang mengatakan bahawa, oleh kerana melihatkan ikhwan amat menitik beratkan soal-soal umum, seruan untuk berakhlak tinggi dan mulia adalah bertentangan
dengan dasar ikhwan. Mereka yang menganggap demikian adalah salah kerana akhlak adalah merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Amatlah tidak layak bagi ikhwan mengabaikan sesuatu yang dibawa oleh Islam. Selain dari itu kesempurnaan amal adalah bergantung kepada kesempurnaan maknawi (batin) dan akhlak yang tinggi dan mulia adalah tergolong dalam pengertian maknawi yang akan membuahkan amal yang saleh. Adalah sia-sia kalau kita hanya
memperbaiki lahiriah manusia dan menuntut mereka supaya melakukan amal soleh sedangkan kita membiarkan batinnya menjadi mangsa kepada akhlak yang keji. Oleh yang demikian akhlak sepatutnya mendapat perhatian berat dan jiwa haruslah dididik dengan akhlak yang mulia.
Akhlak tidak harus dibataskan dalam lingkungan sifat-sifat mulia yang telah diketahui umum seperti berbicara dengan lemah-lembut, manis muka dan rendah diri. Malah medan akhlak amatlah luas sebagaimana yang telah digambarkan oleh Aisyah sewaktu menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w.
‘Akhlaknya adalah Al-Quran. Oleh yang demikian segala sifat-sifat yang mulia yang dituntut oleh Al-Quran adalah termasuk dalam pengertian akhlak. ٍSifat- sifat sabar, tetap pendirian, tabah, mulia diri, benar, menunaikan janji, tinggi himmah, ikhlas dan sifat-sifat yang lain adalah termasuk dalam akhlak yang tinggi dan mulia. Sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat yang tersebut seperti keluh-kesah, hilang pertimbangan, ragu-ragu, munafik, hina-dina, dusta,
penipu, riak, dan sifat-sifat keji yang lain adalah dituntut supaya ditinggalkan, dan membersihkan diri daripadanya. Apabila diri telah bersih dari akhlak yang keji ini dan apabila diri telah terhias dengan akhlak yang tinggi dan mulia, seorang Islam akan mempunyai peribadi yang kuat, padu, mengutamakan yang baik, berpengaruh dalam hidup dan tabah dalam menghadapi kebatilan.
Dipetik dari Usul 20
As Syahid Imam Hassan Al Banna
Sabtu, 13 September 2008
Kalam Rasul
kDaripada Abi Najih ‘Irbadh bin Saryah R.A. berkata : Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya brtakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ Ar Rasyidin Al Mahyidin ( Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar ) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru (bida’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu sesat.
H.R. Abu Daud dan Tarmizi
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
H.R. Muslim
Ghazwah Badar Al Kubra
Sempena Ramadhan yang Mulia ini, marilah kita renung satu peristiwa yang berlaku dalam bulan ini, peristiwa yang amat penting dalam penyebaran dakwah Islam iaitu Ghazwah Badar Al Kubra.
Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Suffian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Suffian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansor. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi s.a.w. memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansor. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik.
Kemudian Ansor menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansor, berkata kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami besok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu.
Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah."
Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasul s.a.w. merasa gembira dengan jawapan itu, seraya bersabda: "Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya
Kemudian Rasul s.a.w. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu; di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?"
Rasul s.a.w. menjawab:"Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah".
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasul s.a.w. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu."
Oleh itu, Nabi s.a.w. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasul s.a.w. meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.
Baginda bersabda:"Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang
Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasul s.a.w. mula berdoa. Antara doa Baginda:
"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."
Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah.
Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu."
Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya, Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasul s.a.w. menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.
Terdapat beberapa ayat al-Quran al-Karim telah turun berkenaan Ghazwah Badar ini.
Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran:
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman
Al-Quran juga menegur Rasulullah s.a.w. kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang. Allah Taala berfirman:
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu rnenghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah rnenghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari
(Al-Anfal: 67-68)
Dipetik dari Sirah Nabi Muhammad, Pengajaran dan Pedoman oleh Dr Mustafa As Syibaie
Selasa, 9 September 2008
Jalan Menuju Takwa
1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai.
3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?
4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan.
5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia
Taqwa
Al Baqarah : 183
“ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”
Al Baqarah : 21
“ Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar).”
Al A’raf : 201
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari kamu.”
Al Hajj : 37
Marilah kita sama-sama merenung ayat-ayat di atas, ayat berkenaan takwa dan semoga puasa Ramadhan kita tahun ini menjadikan kita orang yang bertakwa. Wallahu a’lam…