Powered By Blogger

Jumaat, 27 Mac 2009

Asas Islam

عن أبي عبدالرحمن عبدالله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلي الله عليه  وسلم يقول : بني الاسلام علي خمس شهادة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله واقام الصلاة وايتاء الزكاة وحج الببيت وصوم رمضان

رواه البخاري و مسلم

Dari Abi Abdurrahman Abdullah ibn Umar ibn Al Khattab R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Terbinanya Islam atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada tuhan(yang berhak disembah)melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, Mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Pengajaran Hadith

1. Asas Islam
Hadith ini menerangkan mengenai asas agama Islam itu sendiri dan rukun kepada Islam. Tidak digelar Islam seorang itu jika tidak melaksanakan keseluruhan rukun-rukun ini. Pertama ialah kesaksian kita tentang kewujudan Allah dan Keesaannya serta meyakini kenabian Muhammad dan segala risalah yang dibawa olehnya. Ini merupakan asas utama kepada Islam dan tidak bergelar seseorang itu muslim tanpanya. Kedua mendirikan solat, iaitu menjaganya dan melaksanakannya pada waktunya, melakukan dengan sempurna sehingga dari solat itu dapat mencegahnya dari melaksanakan keburukan dan kemungkaran. Solat ini merupakan Syiar Islam dan sebagaimana sabda rasulullah SAW : Solat itu tiang agama. Seterusnya menunaikan zakat, Menunaikan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadhan

2.Hubungan Rukun Islam antara satu sama lain
Sesiapa yang melaksanakan rukun ini dengan sempurna maka merupakan seorang muslim yang sempurna imannya. Dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia kufur. Sesiapa yang tidak menerima kewajipan salah satu daripadanya maka dia bukan muslim. Sesiapa yang tidak melaksanakan salah satu darinya Selain dari syahadah, maka dia fasiq. Oleh itu, kita boleh melihat disini keterbegantungan satu rukun kapada rukun yang lain disini.

3.Matlamat Ibadah
Ibadah itu bukanlah dilihat dari bentuk dan caranya tetapi ia dilihat dari makna kita melaksanakannya. Adakah ibadah itu Ikhlas atau sebaliknya. Oleh sebab itu, Syahadah merupakan syarat utama islam dimana disebaliknya terkandung keimanan kita. Maka tiada gunalah solat sekiranya tidak dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran(mendekatkan diri kepada Allah) kerana solat merupakan cara mendekatkan diri kepada Allah.

4.Dan dapat disimpulkan dari hadis ialah Islam merupakan Aqidah dan Amal, maka tidak bermanfaat amal tanpa Iman sebagaimana tidak wujudnya Iman tanpa Amal.

Wallahu’alam

Berusaha Kearah Perubahan

Rujukan : Al Wafi fi Syarh Al-Arbai’in An-Nawawi.

Khamis, 19 Mac 2009

Kehidupanku di Jordan

Setelah hampir 6 bulan ana disini, banyak pengalaman yang mahu dikongsi bersama. Tapi marilah kita lihat video ini. Kehidupan seharian kami pelajar Malaysia di Irbid, Jordan.

Pilihan Raya JUST

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah diucapkan pujian kepada yang Maha Esa kerana memberi ana ruang untuk mengisi sesuatu ke dalam blog ini setelah hampir sebulan menyepi.

Sedar tak sedar, first exam untuk semester kedua sudah dekat, iaitu pada sabtu ini, dan ini menandakan sudah sebulan lebih ana berada dalam semester kedua dan memasuki alam perubatan yang sebenar. Anatomy, Histology, Physiology dan Organic Chemistry merupakan subjek yang perlu ana kuasai untuk semester ini.

Dan tidak lupa juga usaha dalam mencari mutiara-mutiara yang hanya boleh didapati di bumi ini iaitu, pengalaman dan peluang mendalami agama dari sumber yang terdekat, dari keturunan Bani Hashim sendiri.

Sepanjang sebulan ini, banyak perkara yang ana boleh ambil pengajaran dari pengalaman hidup. Dan yang terbaru, esok akan diadakan pilihan raya Universiti.

Dan parti yang paling menonjol sekali untuk pilihan raya kali ini bagi ana sebagai pelajar baru di Universiti ini ialah Kutlah Ittihad Islamiah yang dikatakan dinaungi oleh sebuah pertubuhan Islam disini. Dan alhamdulillah, mereka juga selalu menang dalam pilihanraya ini.

Cukuplah ana rasa setakat ini ana berkata-kata. Ana memohon maaf sekiranya post kali ini tidak mempunyai isi dan peringatan yang boleh menyentuh Iman. Namun semoga kita boleh sama-sama muhasabah diri dan pertingkatkan Iman.

Wallahu’alam

Gambar