Rahsia keagungan dan kebangkitan Islam adalah dipelopori oleh para pemuda sehingga tercapai kegemilangan dan kemenangan. Para pemuda sebagai tulang belakang umat Islam. Para pemuda yang mendapat tarbiyah tergolong daripada pemuda yang bermoral, menjauhi diri daripada sebarang maksiat, mengabdikan diri hanyasanya kepada Allah, berakhlak mulia, bersabar demi untuk berjihad dan menyampaikan risalah Islam. Pemuda-pemuda seperti inilah yang boleh menjadi pewaris.
“dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".
- Cabaran syaitan dan hawa nafsu- hasutan syaitan yang menggoda- bisikan nafsu- dorongan hawa nafsu......benteng diri dri syaitan dan bebas dari bisikan nafsu.
- Cabaran serangan pemikiran- kenapa barat memerangi Negara Islam- perancangan musuh.....cari benteng diri.
- Cabaran keruntuhan akhlak- berbentu adat/kebiasaan, cabaran bentuk jiwa, cabaran luaran, cabarn media massa, cabaran undang-undang, garis panduan Islam, langkah-langkah penting, bahaya tenggelam dalam seks.
- Cabaran kerajaan sekular- bagaiman sekular berkembang- bagaimana sekular masuk ke dalam Negara Islam-cara terpenting di dalam menguatkan lagi sekular di dalam masyarakat Islam- apakah jalan penyelesaian positif yang terpenting bagi pemuda dalam berdepan dengan fahaman sekular- memberikan gambaran yang tepat terhadap Islam- menjalankan kerja dengan rapi- menumpukan kepada tarbiyah dan persediaan- berusaha dalam memperbanyakkan pendokong- pengurusan yang rapi untuk mencapai kemenangan.
- Cabaran putus asa dalam bentuk melakukan kerja Islam- pakatan musuh Islam- kegagalan gerakan- gerakan jihad dalam mencapai kemenangan- berhujah dengan nas-nas yang menyeru kearah uzlah.
Nabi sendiri berusaha menyediakan pemuda-pemuda sehingga mereka benar-benar berkemahiran untuk memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah dengan cukup amanah di dalam setiap sektor. Beberapa langkah telah dibuat oleh baginda melalui proses pengkaderan pemuda :
- Melatih pemuda supaya sentiasa mengingati Allah dan takut kepadanya semasa berseorangan mahupun di tengah-tengah masyarakat.
"Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak" (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Ya'ala)
- Mendidik golongan pemuda supaya beriltizam dalam mentaati Allah dan beribadah kepadanyan dengan penuh tulus ikhlas.
"Tujuh jenis manusia yang mendapat lindungan 'Arasy daripada Allah s.w.t. di Mahsyar kelak, yang mana di hari itu tidak ada sebarang lindungan selain dari yang tersebut. Di antara golongan yang mendapat lindungan tersebut iaitu pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. (Hadith riwayat As Syaikhan)
- Menyeru pemuda dan pemudi supaya merebut peluang di masa remaja mereka untuk melatih keperibadian mereka disudut kerohanian dan jasmani serta akhlak dan moral.
"Rebutlah peluang (keemasan) perkara sebelum menempuh lima perkara. Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum datang kesibukan, masa muda sebelum tua dan waktu kaya sebelum papa." (Hadith riwayat Al Hakim)
- Mengingatkan pemuda-pemuda bahawa mereka akan dihisab setiap pekerjaan mereka di hadapan Tuhan Semesta Alam di hari akhirat kelak.
"Tidak terlepas setiap jejak langkah seorang hamba di hari akhirat kecuali setelah ianya diperiksa tentang empat perkara. di masa hayatnya dikandung badan, sebelum tibanya ajal, umur mudanya ke mana dihabiskan, harta yang diperolehi ke mana dibelanjakan, dan ilmu yang dipelajari sejauh mana yang telah diamalkan." (Hadith riwayat Tirmizi)
- Menjaga sebarang penyelewengan moral dan kerohanian di kalangan pemuda-pemuda dengan menganjurkan mereka mendirikan rumah tangga sepertimana di syariatkan oleh Allah s.w.t.
"Wahai golongan pemuda-pemuda siapa di antara kamu berkemampuan maka dirikanlah rumah tangga kerana yang demikian itu terpelihara pandangan dan hawa nafsu" (Hadith riwayat dari al-Jemaah)
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Setiap pemuda mestilah mengetahui matlamat ianya diciptakan oleh Allah.- Perbetulkan niat, percakapan, perbutan ikhlas kerana Allah. Penyrahan yang bulat kepada undang-undang Allah....Memahami benar-benar bahawa sistem yang berjalan sekarang, yang menguasai kehidupan kita adalah sistem yang bukan Islam. Sistem yang sudah sekian lama bertapak menggantikan Islam sebagai sistem hidup. Sistem ini menguasai segala aspek kehidupan kita dan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa dan sahsiah kita. Sistem ini terlalu asing bagi kita. Sistem ini terkesan melalui proses tarbiyah bukan Islam dalam bentuk gerakan. Kita kena faham dan bertanggungjawab memahamkan orang lain. Memberi sokongan dan taat setia kepada Allah, kepada RasulNya dan kepada golongan beriman.
- esti mempunyai gambaran dan maklumat yang jelas tentang musuh-musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam.
- Mesti menaruh harapan untuk menempuh kemenanagn di bidang dakwah dan hindarkan diri dari perasaan pasif dan berputus asa.
- Mesti mengambil contoh tauladan yang ditunjukkan oleh para sahabat sepertimana yang terrcatat dalam sejarah.
- Mereka harus yakin akan kelebihan para daie dan pendakwah.
- Hendaklah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain.
- Para pemudahendaklah mengetahui dengan penuh keyakinan qada' dan qadar Allah s.w.t. itu hanya disisiNya sahaja.
Ustaz Mustafa Masyhur berpesan :
Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :
"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan