Powered By Blogger

Selasa, 8 April 2008

Jahiliyyah

Banyak manusia kini tidak memahami konsep jahiliyyah dengan betul. Akibatnya mereka tidak dapat menilai dengan betul akan reality kehidupan hari ini. Maka berlakulah pelbagai perkara yang melanggar fitrah dan asal kejadian manusia itu sendiri.

Justeru itu, kita perlulah memahami tasawur jahiliyyah yang sebenar supaya penilaian kita terhadap reality kehidupan selaras dengan hakikat sebenar.

Lafaz jahiliyyah merupakan istilah yang terdapat dalam al quran. Secara umumnya jahiliyyah difahami sebagai jahil atau tidak mengetahui kebenaran. Imam Ibn Taimiyyah dalam menjelaskan makna lughawi perkataan jahl mengatakan “ Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak megikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haksebagai satu kebenaran, dia disebut jahil murakkab. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu bertentangan dengan hak, dia tetap disebut jahil meskipun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan hak.

Jahiliyyah bukan hanya pada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W sahaja, namun jahiliyyah itu tetap hidup selagimana syaitan dan iblis wujud diatas muka bumi ini. Jahiliyyah sentiasa menentang kebenaran yang dibawa oleh para anbiya’ dan mursalin. Masyarakat dahulu digelar jahiliyyah bukan kerana kemunduran mereka dalam teknologi tetapi kerana kejahilan mereka terhadap pencipta mereka. Mereka berusaha menegakkan kebatilan walaupun mereka mengetahuinya.

Namun jahiliyyah dahulu agak mudah dibezakan berbanding jahiliyyah kini. Kini pendokong-pendokong jahiliyyah bijak mengatur strategi mengelirukan kita. Merka mencampurkan diantara yang hak dan batil. Sesuatu yang hak dan batil dicampuradukkan dan dikatakan hak. Kebatilan terus dikaburi dan dikatakan sebagai yang hak dan dilaksanakan oleh ramai orang dalam masyarakat.

Akibat dari tidak memahami konsep jahiliyyah inilah banyak umat Islam kini hanyut dibawa arus jahiliyyah. Mereka tidak mampu untuk membezakan diantara yang hak dan batil. Firman Allah:

'Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan,'

Surah Al Balad : 10

Manusia kini tidak dapat membezakan antara dua jalan tersebut. Memanglah tabiat semulajadi manusia mempunyai dua kesediaan untuk menempuh dua jalan itu. Kita sebagai seorang manusia yang berakal sepatutnya dapat membezakan dua jalan tersebut. Maka dengan kekeliruan tersebut terjadilah pelbagai kerosakan dan kemusnahan samada terhadap diri manusia itu sendiri, keluarga, masyarakat alam sekitar dan alam seluruhnya. Ini kerana mereka telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Firman Allah:

telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Surah Ar Rum : 41

Allah telah mengingatkan kita bahawa segala kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di dunia ini adalah berpunca dari sikap manusia sendiri yang melanggar peraturan dan larangan Allah, Ini kerana mereka tidak dapat membezakan diantara yang haq dan batil. Hidup mereka masih lagi dalam keadaan jahiliyyah.

Bagaimana untuk menaggalakn jahiliyah? Manusia yang inginkan Islam mestilah menanggalkan diri dan memisahkan jiwa daripada cara hidup jahiliyyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyyah samada dalam bentuk system hidup, konsep, adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.

Satu perkara yang sangat penting ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara islam dan jahiliyyah.

Kesimpulan, jahiliyyah hendaklah kita bersihkan dari diri kita supaya kita menjadi manusia yang menepati kehendak Allah.

Gambar