Powered By Blogger

Rabu, 29 Oktober 2008

2 Bulan Di Irbid

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw.

Sudah hampir 2 bulan ana berada di bumi Irbid ini, sudah banyak perkara yang ana terokai, namun perjuang menuntut ilmu masih lagi panjang perjalanannya. Ana perlu berada di sini selama 70 bulan lagi, satu tempoh yang agak lama dan ana amat berharap keberadaan ana disini bukan sekadar menuntut ilmu di universiti sahaja tetapi ilmu-ilmu Islam yang banyak boleh diperolehi di bumi penuh barakah ini.

Ramadhan pertamaku di Irbid sudah kurasai, mengenali bagaimana suasana ibadah di bumi anbiya' ini, yang jauh kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Ana juga telah merasa beraya di tempat orang, berbeza. Dan kini musim sejuk menjelang tiba, mengikut kata-kata senior, cabaran utama musim sejuk ini adalah bangun subuh, maklumlah dengan suhu serendah 0 darjah, amat sukar untuk keluar dari selimut melainkan orang yang mempunyai kekuatan iman.

First Exam pun baru sahaja berlalu, walaupun bukan seperti yang dijangka tapi kita perlu terima qada' dan qadar Allah, dan ana akan usaha dengan lebih gigih selepas ini, Insya Allah.....

Setakat ini sahajalah, coretan pendek.....

Isnin, 27 Oktober 2008

Farshi Turab

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي


Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line

Where is my family's love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It's behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it's my cure

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
.

Isnin, 13 Oktober 2008

Iman = Roda

Iman merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Salah satu sifat bagi iman ialah ianya boleh bertambah dan berkurang. Namun sebagai seorang mukmin sejati, perubahan yang berlaku pada imannya tidaklah sehingga menyebabkan dirinya jatuh ke dalam lembah dosa-dosa besar. Dan iman yang lemha mempunyai tanda-tandanya yang tersendiri, jadi apakah tanda bagi lemahnya iman? Rasa lemah dalam melaksanakan amal dan rasa kekerasan hati, iaitu kita merasakan hati kita keras dan sukar untuk menerima dan melaksanakan amalan kebaikan. Kedua, Ibadah yang kita laksanakan tidak memberi kesan terhadap diri kita. Dua perkara ini sekiranya ada pada diri kita, ketahuilah bahawa kemungkinan iman kita sedang lemah dan perlu kita perkuatkan dan perbaharui iman kita. Seterusnya, apa pula faktor yang melemahkan iman kita. Pertama ialah selalu dalam melaksanakan dosa dan kederhakaan, kita hendaklah mengelakkan dari melakukan dosa-dosa kecil dan besar kerana ia akan melemahkan iman kita. Kedua, munculnya sifat keras dan sukar untuk menerima kebenaran, selain itu, ketidak tekunan kita dalam melaksanakan ibadah sama ada ibadah wajib mahupun sunat antara faktor yang membawa kepada penurunan iman kita. Sifat malas dan selalu meremeh-temehkan ibadah juga akan melemahkan iman seseorang.

Apa pula perkara yang boleh menguatkan dan meningkatkan iman kita, pertama kita hendaklah selalu mengingati mati dan perbanyakkan membaca Al-Quran. Kita juga perlu sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir yang akan mengingatkan kita kepada Allah. Merenung dan memikirkan tentang kehebatan ciptaan Allah juga akan menyebabkan keimanan kita semakin bertambah. Wallahua'lam

Gambar