Powered By Blogger

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di sini ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelawat blog, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, raya tahun ini merupakan kali pertama ana beraya di Jordan dan kali pertama ana berkorban, satu bahagian lembu. Raya di sini sangat meriah, jumlah binatang korban dari pelajar di Irbid adalah sebanyak 1 ekor unta, 6 ekor lembu dan 12 ekor kambing.

Semoga raya kali ini membawa mendekatkan diri kita kepada Allah. Insya Allah.

(slogan Jom Korban PERMAI)

Menjejak Roh Pengorbanan

Rehlah 2

Alhamdulillah, setelah tiga hari berjalan, akhirnya sampai juga ana ke rumah. Berjalan?? Ke mana ya?

Baiklah, ana akan kongsi pengalaman rehlah ana selama tiga hari merentas Jordan secara ringkas, maklumlah, ana ni bukan penulis, rehlah pergi Amman sebelum ni pun cerita pasal ashabul kahfi je. Kalau antum semua nak baca lebih lanjut, boleh lawat travelog kawan ana yang pergi sekali, nama dia Hariz Hazwan di http://harizibnzarir2.blogspot.com

Baiklah, kembali kepada kisah rehlah ana selama tiga hari ni, kami bertolak dari rumah pada pukul 7.00 pagi hari Jumaat. Asalnya tak ramai yang nak pergi, tapi bila dah sampai kat stesen bas, kira-kira sampai 12 orang nak ikut. Jadi susahlah masa tu kami nak cari bas. Namun dengan keramahan dan kepandaian kawan ana bercakap dengan arab, kami ditawarkan sebuah coaster untuk ke Aqabah dengan harga 150 dinar. Pastu kami pun naiklah coaster tersebut selepas penat bermusyawarah. Silap la pulak, sebenarnya malas la nak cerita detail macam ni. Ok hari pertama ana dari Irbid ke Amman dan terus ke Laut Mati. Dalam perjalanan, kami singgah untuk solat Jumaat dan makan tengah hari di Madaba, sebuah bandar yang banyak peninggalan sejarah berkaitan agama Kristian. Selepas bermandi manda di Laut Mati, kami meneruskan perjalanan ke Aqaba, bandar paling selatan di Jordan dan satu-satunya kawasan berpantai di Jordan(Selain Laut Mati). Sesampai kami di Aqabah, kami terus mencari tempat menginap.

Keesokannya, kami berjalan-jalan di sekitar Aqabah sehingga zohor dan seterussnya bertolak ke Wadi Rum atau boleh saya panggil sebagai 'Grand Canyon Jordan'. Selepas puas meneroka sehingga maghrib, kami pun bertolak ke Petra dan seterusnya mencari tempat tidur.

Selepas bangun tidur, kami pun berjalan seharian di Petra. Rasanya setakat ini sahaja kisah rehlah ana. Ana malas nak cerita secara detail sebab tak pandai nak bercerita. Nanti kalau sahabat ana Hariz tu dah menyiapkan pengalaman perjalanan kami dalam travelognya, ana bagi link kat antum semua, pembaca blogku yang ku hormati. Sekian, kalau kisah ni tak menarik maaf banyak-banyak. Maaf tak banyak gambar yang di upload sebab tak ambik lagi gambar dari kamera sahabat-sahabat. Wallahu'alam

PC030088

PC030150

Di Laut Mati

Bandar Aqabah (dari atas bot)

PC040230

PC040305

Wadi Rum

Bukit berbentuk muka(wadi Rum)

PC040419

PC040461

Petra

Bukit yang ditebuk (Petra)

Isnin, 1 Disember 2008

Musafir Perantau

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وعن ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
  رواه البخاري                                                                       

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Hadith riwayat Bukhari

Pengajaran

Ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia hanyalah sementara, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa kehidupan di dunia ini ibarat musafir, suatu ketika nanti kita sama ada akan sampai ke destinasi yang dituju atau tersesat ditengah jalan. Ini semua bergantung kepada persiapan yang kita lakukan untuk musafir tersebut. Destinasi kita adalah akhirat dan bekalan kita sepanjang perjalanan adalah taqwa. Sebagaimana dalam firman Allah:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى

Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah Taqwa

Al Baqarah 197

Dan janganlah kita menangguh-nangguhkan amalan kebajikan yang kita hendaklah lakukan sebagaimana pesan Ibn Umar di atas. Kerana kita bimbang peluang yang kini berada pada tangan kita boleh hilang tanpa kita sedari. Oleh itu gunalah peluang ini sebelum ianya ditarik balik.

Wallahu'alam

Gambar