Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Islam Di Junjung. Allah adalah tujuan kami, Rasulullah tauladan kami, Al Quran pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, Mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.
Selasa, 11 November 2008
Air Mata Keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
Lagu : The Zikr
Lirik : Nazrey Johani
Ahad, 9 November 2008
Rehlah 1

"Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja Yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami?
(ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami".
lalu Kami tidurkan mereka Dengan nyenyaknya Dalam gua itu, bertahun-tahun, Yang banyak bilangannya.
kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk."
Surah Al Kahfi 9-13
Apabila membacakan ayat ini, teringin rasanya untuk ana melawat gua dimana berlakunya peristiwa ini. Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas ana berjaya menjejak kaki ke tempat tersebut, tempat yang disebut dalam Al Quran sebagai Gua Al Kahfi.
Terletak lebih kurang 10 km dari tenggara bandaraya Amman, Ibu kota Jordan, di sebuah kampung iaitu Abu Alandah. Dengan menaiki teksi selama lebih kurang 20 minit dari bandar Amman, ketibaan ana di sana membawa seribu satu kenangan, keinsafan dan kekaguman akan kekuasaan Allah S.W.T
Siapakah penghuni gua ini? Siapakah golongan pemuda yang di gelar Al Kahfi ini?
Mereka merupakan tujuh orang pemuda bangsawan yang hidup pada zaman pemerintahan Yunani, pemuda yang beriman kepada Allah dalam keadaan masyarakat yang menyembah berhala. Keimanan mereka menyebabkan mereka diburu dan mereka melarikan diri ke gua ini demi menjaga keimanan mereka. Lalu Allah menidurkan mereka selama 309 tahun untuk menunjukkan kekuasaanNya.
"Dan mereka telah tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun dan di tambah sembilan tahun lagi"
Al Kahfi : 25
Keberadaan ana di sana, ana manfaatkan dengan sepenuhnya, menghayati, menginsafi dan mengagumi kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Subhanallah.
Khamis, 6 November 2008
PENYAKIT-PENYAKIT JIWA
Jika kita lihat, ramai manusia kini berada dalam lembah kehinaan. Mereka telah menjadikan hawa nafsu mereka sebagai matlamat utama kehidupan mereka. Masalah ini sebenarnya berpunca dari hati dan jiwa yang sakit. Berikut merupakan antara penyakit-penyakit jiwa yang biasa terdapat dalam diri manusia :
1. Mensyirikkan Allah S.W.T
Syirik merupakan satu kesalahan yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Syirik akan memisahkan terus seseorang dari iman.
2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah S.W.T
Dosa akan menjauhkan diri seseorang dari Allah S.W.T dan menyebabkan dia sukar menerima kebenaran dan melaksanakan kebaikan.
3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada hambaNya yang Muslim.
Ramai manusia kini lupa bahawa mereka merupakan hamba Allah dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba.
4. Menghina dan memandang rendah kepada orang-orang dikasihi oleh Allah S.W.T
Ini berlaku dimana ramai manusia kini memandang rendah sebahagian sahabat Rasulullah S.A.W
5. Meninggalkan keputusan Allah S.W.T dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.
Realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia.
6. Tidak merujuk kepada Allah S.W.T sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi bidang ilmu pengetahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.
7. Tidak bergantung harap kepada Allah S.W.T, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain daripada Allah S.W.T
Meskipun manusia mengakui bahawa mereka merujuk dan bergantung kepada Allah S.W.T tetapi hakikatnya tidak jika dilihat pada praktik kehidupan manusia.
8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan peringatan-peringatan Allah S.W.T
Allah menjanjikan syurga kepada hambanya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta azab neraka bagi mereka yang menentang Allah S.W.T. Namun, ramai manusia yang sangsi terhadap janji-janji ini berdasarkan pelaksanaan hidup mereka. Jika mereka yakin, sudah tentu kehidupan manusia akan berbeza dari sekarang.
Inilah antara penyakit-penyakit jiwa yang semakin parah melanda manusia. Ia merupakan satu wabak yang tersebar dengan begitu cepat dalam kalangan pemuda-pemuda Islam. Umat Islam perlu segera bertindak bagi membasmi penyakit ini.
