Powered By Blogger

Selasa, 9 September 2008

Jalan Menuju Takwa


1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai.

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia

Taqwa

“ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Al Baqarah : 183

“ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”

Al Baqarah : 21

“ Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar).”

Al A’raf : 201

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari kamu.”

Al Hajj : 37

Marilah kita sama-sama merenung ayat-ayat di atas, ayat berkenaan takwa dan semoga puasa Ramadhan kita tahun ini menjadikan kita orang yang bertakwa. Wallahu a’lam…

Sabtu, 23 Ogos 2008

Pengalaman berbeza??

Assalamualaikum, terima kasih ana ucapkan kepada mereka yang sudi melawat blog ana yang tak seberapa ni.

Alhamdulillah ana ucapkan syukur yang teramat syukur kepada Allah kerana dengan izinnya Insya Allah ana akan terbang ke jordan pada 26 Ogos 2008. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi ana, kali pertama ana akan berada luar dari Malaysia, dan ana akan merasai suasana yang amat berbeza, dengan cuaca yang berbeza, budaya hidup dan macam-macam lagi. Dan tujuan utama ana ke sana tidak lain adalah untuk menuntut ilmu, ilmu kedoktoran dan ilmu-ilmu sampingan yang penting iaitu ilmu agama, maklumlah ana dihantar ke bumi anbiya, jadi tidak sempurna kalau hanya setakat mengambil mengambil ilmu kedoktoran tanpa mengutip mutiara yang amat berharga, yang bertaburan di bumi tersebut.

Ana amat mengharapkan doa orang-orang yang beriman supaya kita dapat menegakkan kembali Islam atas muka bumi ini, Ana ke sana dengan misi untuk menuntut ilmu dan seterusnya dengan ilmu kurnia Allah ini, ana akan menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk pembangunan Islam.

Allahu Akbar

Gambar