Powered By Blogger

Selasa, 9 September 2008

Taqwa

“ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Al Baqarah : 183

“ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”

Al Baqarah : 21

“ Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar).”

Al A’raf : 201

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari kamu.”

Al Hajj : 37

Marilah kita sama-sama merenung ayat-ayat di atas, ayat berkenaan takwa dan semoga puasa Ramadhan kita tahun ini menjadikan kita orang yang bertakwa. Wallahu a’lam…

Sabtu, 23 Ogos 2008

Pengalaman berbeza??

Assalamualaikum, terima kasih ana ucapkan kepada mereka yang sudi melawat blog ana yang tak seberapa ni.

Alhamdulillah ana ucapkan syukur yang teramat syukur kepada Allah kerana dengan izinnya Insya Allah ana akan terbang ke jordan pada 26 Ogos 2008. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi ana, kali pertama ana akan berada luar dari Malaysia, dan ana akan merasai suasana yang amat berbeza, dengan cuaca yang berbeza, budaya hidup dan macam-macam lagi. Dan tujuan utama ana ke sana tidak lain adalah untuk menuntut ilmu, ilmu kedoktoran dan ilmu-ilmu sampingan yang penting iaitu ilmu agama, maklumlah ana dihantar ke bumi anbiya, jadi tidak sempurna kalau hanya setakat mengambil mengambil ilmu kedoktoran tanpa mengutip mutiara yang amat berharga, yang bertaburan di bumi tersebut.

Ana amat mengharapkan doa orang-orang yang beriman supaya kita dapat menegakkan kembali Islam atas muka bumi ini, Ana ke sana dengan misi untuk menuntut ilmu dan seterusnya dengan ilmu kurnia Allah ini, ana akan menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk pembangunan Islam.

Allahu Akbar

Isnin, 21 Julai 2008

Mahasiswa Mujahid??

Wahai mujahid, engkau sudah lama mendiamkan diri, bila engkau mahu bangkit, bangkit memperjuangkan Islam yang semakin lama semakin kabur dijajah dengan pelbagai jenis kotoran. Islam semakin hilang, TAPI adakah engkau sedar wahai mujahid??? Adakah engkau cuba untuk menegakkan kembali bangunan yang kian runtuh. Sudah jelas, kita semua nampak bahawa Islam sedang diperkotak-katikkan, tapi dimanakah para mujahid Islam?? Kemana mereka semua pergi.....

Wahai mujahid Islam, adakah apabila kita dibentangkan dengan kesenangan, kita lalai, kita tidak menjalankan tanggungjaawab kita??? Adakah kita sedang dibuai mimpi-mimpi indah??Wahai Mujahid, kau merupakan pemuda harapan Islam, Adakah engkau sedar?? Islam memerlukan pemuda-pemuda masa hadapan, yang tidak tenggelam dalam lautan nafsu dan syaitan. Allah menyukai para pemuda yang tidak menghabiskan masa mudanya dengan hiburan dan kelalaian. Adakah engkau sedar?? Mengapa engkau mengejar cinta dunia lebih dari cinta akhirat. adakah engkau benar-benar percaya dengan akhirat?? Betulkah engkau percaya?? Tapi kenapa engkau masih lagi cuba mencari cinta lain, mengapa engkau masih suka berhibur dengan hiburan melalaikan, masih sibuk dengan urusan dunia dan meninggalkan ibadah?? Fikir-fikirkanlah wahai REMAJA yang BERAKAL....


Peringatan Buat Mahasiswa Muslim.....

Gambar